Long Island City (L.I.C.) adalah kawasan di sebelah paling barat Queens. Jalan raya yang lebar menjadikan kawasa ini agak luas dan terasa kosong. Bangunan kilang yang terbengkalai telah diubah suai menjadi galeri dan ruang pameran oleh golongan artis yang telah ramai berpindah ke sini. Suatu masa dahulu, ia merupakan hab perindustrian, kini ia adalah syurga bagi artis dan penghibur. Long Island City mempunyai 7 pilihan kereta api yang akan membawa anda ke Grand Central dan Times Square dalam masa 15 minit. Tambang teksi adalah berpatutan dan anda juga boleh melakukan perjalanan dengan menaiki bot dengan East River Ferry ke East 34th Street. Dari Gantry Plaza (taman negeri seluas 12 hektar yang terletak berhampiran sungai), anda akan menikmati beberapa pemandangan yang terbaik bagi seluruh latar langit Manhattan.
Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang kawasan ini.
Ketahui apa yang diperlukan untuk membeli apartmen di New York.