Central Park New York Casas Office

Bagaimanakah Sistem Zon Sekolah berfungsi di New York City? | New York Casas

// BAGAIMANAKAH SISTEM ZON SEKOLAH BERFUNGSI DI NEW YORK CITY?

New York City mempunyai sistem sekolah awam yang terbesar di negara ini. Jabatan Pendidikan NYC dibahagikan kepada 32 daerah sekolah komuniti dan mereka berkhidmat untuk lebih daripada 1 juta pelajar di lebih daripada 1,500 sekolah.

Kanak-kanak berumur antara 5 dan 21 tahun berhak mendapat pendidikan awam secara percuma. Kanak-kanak boleh ditempatkan ke sekolah dalam zon berdasarkan alamat rumah. Kanak-kanak tidak memerlukan kad hijau atau nombor Keselamatan Sosial untuk mendaftar untuk sekolah.

Disebabkan kawasan yang semakin berkembang dan populariti sekolah yang semakin meningkat, seseorang pelajar mungkin tidak akan ditempatkan untuk menghadiri sekolah mengikut zon yang asal. Dalam kes ini, kanak-kanak tersebut akan diletakkan dalam senarai menunggu dan Pejabat Pendaftaran Pelajar Jabatan Pendidikan akan menempatkan kanak-kanak itu ke sekolah jiran yang lain.

// Sekolah Rendah (Umur 5 hingga 9 tahun)

Sekolah rendah adalah untuk kanak-kanak dalam gred K-5. Kanak-kanak akan memulakan kelas tadika pada umur lima tahun. Ia bermakna, jika anak anda berumur 5 tahun pada bulan September, Oktober, November atau Disember, dia akan memulakan persekolahan pada bulan September tahun itu.

Jika sekolah di kawasan zon anda adalah penuh, kanak-kanak itu akan ditempatkan ke sekolah jiran yang tersedia.

Sesetengah sekolah awam mempunyai kelas pra-tadika untuk kanak-kanak yang berusia empat tahun sebelum 31 Disember. Program mereka adalah 2½ jam atau 6 jam 20 minit sehari.

5 Sekolah Rendah Terbaik di New York

  1. Di tangga teratas ialah New Explorations into Science, Technology and Math (NEST+m), sebuah sekolah awam yang menawarkan program akademik yang mencabar, dari gred KG-12, dan menarik pelajar cemerlang dari kesemua lima wilayah. NEST+m terletak di kawasan sekolah # 1, Lower Manhattan.
  2. Di tangga ke-2 adalah Anderson School (PS 334), sekolah awam K-8 untuk pelajar berbakat di Upper West Side Manhattan. Zon kawasan sekolah adalah # 3.
  3. Sekolah ke-3 terbaik dalam senarai adalah Lower Lab School (PS 77). Ini adalah sekolah awam kecil untuk pelajar berbakat (G&T) di Upper East Side, yang menawarkan program akademik yang mencabar dalam suasana yang tenang. Sekolah ini menawarkan kelas dari gred KG-5 dan terletak di kawasan # 2.
  4. Di tangga keempat ialah Kingsbury (PS 188). Sekolah awam ini terletak di Queens dan memberi tumpuan untuk menyediakan pengajaran yang didorong oleh piawaian, dalam persekitaran yang menggalakkan, sambil membangunkan kemahiran sosial. Kingsbury menawarkan gred PK-5 dan terletak di kawasan # 26.
  5. Sekolah di tangga ke-5 adalah Special Music School - sebuah sekolah awam yang unik di kawasan # 3 untuk kanak-kanak yang berbakat dalam bidang muzik. Sekolah ini menawarkan gred KG-8 dan menjalankan perkongsian awam/swasta antara Jabatan Pendidikan New York CIty dan Pusat Muzik Kaufman, sebuah organisasi pelbagai seni, bukan untuk keuntungan.

Klik untuk melihat semua sekolah rendah mengikut kawasan.

// Sekolah Menengah (Umur 10 hingga 14 tahun)

Sekolah menengah adalah untuk kanak-kanak dalam gred 6-8. Setiap musim gugur, semua pelajar gred lima yang mendaftar di sekolah rendah awam di New York City akan menerima permohonan sekolah menengah yang disesuaikan. Permohonan ini mengandungi senarai semua sekolah menengah di mana setiap pelajar layak memohon. Pelajar melengkapkan permohonan dengan memberi kedudukan kepada sekolah mengikut pilihan mereka dan mengembalikan permohonan ke sekolah semasa mereka. Permohonan hendaklah dihantar dalam atau sebelum bulan Disember dan surat keputusan boleh didapati pada lewat musim bunga.

Kanak-kanak yang tinggal jauh dari sekolah mereka mungkin layak menerima MetroCard percuma untuk pengangkutan.

5 Sekolah Menengah Terbaik di New York

  1. Di tangga teratas senarai adalah Mamie Fay, sekolah awam yang menawarkan program akademik, dari PK-8, dan mengaitkan Kajian Sosial dalam seluruh kurikulum mereka menggunakan sumber dan teknologi berasaskan literatur. Mamie Fay terletak di kawasan sekolah # 30 di Astoria, Queens.
  2. Sekali lagi, di tangga ke-2 adalah Anderson School (PS 334), sekolah awam K-8 untuk pelajar berbakat di Upper West Side Manhattan. Zon kawasan sekolah adalah # 3.
  3. Sekolah ke-3 terbaik dalam senarai ialah Christa McAuliffe School (IS 187). Ini adalah sekolah awam di Brooklyn yang menawarkan tiga akademi: Penyelidikan Saintifik, Kemanusiaan, dan Perniagaan dan Undang-undang - mempunyai tingkatnya sendiri, waktu makan tengah hari, dan tiga kumpulan pancaragam (satu untuk setiap gred dalam setiap akademi). Menawarkan kelas dari gred 6-8, sekolah ini terletak di kawasan # 20.
  4. Di tangga ke-4 ialah New Explorations into Science, Technology and Math (NEST+m). Ini adalah sekolah awam yang menawarkan program akademik yang mencabar, dari gred KG-12, dan menarik pelajar cemerlang dari kesemua lima wilayah. NEST+m terletak di kawasan sekolah # 1, Lower Manhattan.
  5. Sekolah di tangga ke-5 adalah Special Music School - sebuah sekolah awam yang unik di kawasan # 3 untuk kanak-kanak yang berbakat dalam bidang muzik. Sekolah ini menawarkan gred KG-8 dan menjalankan perkongsian awam/swasta antara Jabatan Pendidikan New York CIty dan Pusat Muzik Kaufman, sebuah organisasi pelbagai seni, bukan untuk keuntungan.

// Sekolah Tinggi (Umur 15 hingga 18 tahun)

Sekolah tinggi adalah untuk kanak-kanak dalam gred 9-12. Di New York City, pelajar mesti memohon untuk menghadiri sekolah tinggi awam. Setiap musim gugur, pelajar gred lapan mesti mengemukakan permohonan pendaftarandan menyenaraikan sehingga 12 program mengikut keutamaan mereka. Pemohon dipadankan dengan salah satu sekolah pilihan mereka mengikut prioriti kemasukan, lokasi dan ketersediaan tempat. Keputusan Pusingan 1 boleh didapati pada bulan Mac.

Berikut adalah garis masa proses permohonan:

  • Musim panas: Kenali Sekolah-sekolah di kawasan zon anda
  • Disember: Hantar permohonan sekolah tinggi kepada kaunselor bimbingan gred 8
  • Februari-Mac: Senarai kemasukan diumumkan
  • Lewat Musim Bunga: Pilih untuk membuat rayuan, jika tidak berpuas hati dengan penempatan

Berikut adalah beberapa tip untuk persediaan proses permohonan:

5 Sekolah Tinggi yang Terbaik di New York

  1. Di tangga teratas senarai ialah Bryam Hills High School, sekolah menengah awam empat tahun untuk pelajar lelaki dan perempuan yang terkenal di Armonk, New York. Bryam Hills High School menawarkan gred 9-12 dan terletak di Bryam Hills Central School District.
  2. Nombor 2 ialah Stuyvesant High School, yang biasanya digelar sebagai Stuy, dan merupakan salah satu daripada sembilan Sekolah Tinggi Khusus di New York City, menawarkan gred 9-12. Sekolah ini dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan New York City dan menawarkan program akademik percuma yang dipercepatkan kepada pelajar bandar. Kawasan sekolah adalah # 2.
  3. Sekolah ke-3 terbaik dalam senarai ialah Alfred-Almond Junior-Senior High School. Ia adalah sekolah tinggi awam yang terletak di Almond, Allegany County. Ini adalah satu-satunya sekolah tinggi yang dikendalikan oleh Kawasan Sekolah Alfred-Almond. Sekolah ini menawarkan gred 7-12.
  4. Kedudukan keempat ialah Bronx High School of Science. Sekolah ini adalah sekolah tinggi awam New York yang khusus dan dianggap sebagai sekolah magnet sains yang utama di Amerika Syarikat. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1938 dan terletak di bahagian Bedford Park di Bronx, di kawasan # 10.
  5. Sekolah di tangga ke-5 adalah Staten Island Technical HIgh School, yang biasanya dikenali sebagai Staten Island Tech atau SITHS. Ia ditubuhkan pada tahun 1988 dan terletak di Staten Island, New York City. Sekolah ini dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan New York City di kawasan # 31.

// Sekolah Tinggi Khusus dan Tanpa Zon di New York

Sekolah tanpa zon mempunyai kriteria sendiri untuk kemasukan. Ini mungkin serupa dengan Sekolah Piagam, di mana kanak-kanak dari semua kawasan boleh memohon. Dengan sekolah tanpa zon, keutamaan juga diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan berkenaan. (Charter Schools)

Sekolah tanpa zon yang lain mengkhusus dalam bidang tertentu dan memerlukan setiap pelajar mengambil Ujian Kemasukan Sekolah Tinggi Khusus (SHSAT). Contohnya ialah Special Music School, di mana kanak-kanak diuji dalam kebolehan muzik mereka. Tempat di sekolah-sekolah ini biasanya sangat kompetitif.

Lebih daripada 30,000 pelajar mengambil ujian SHAT untuk kurang daripada 4,000 tempat yang tersedia. Peperiksaan biasanya diambil pada pagi hari Sabtu dalam bulan Oktober.

Layari laman web SHSAT untuk melihat tarikh dan maklumat tambahan.

Terdapat sembilan Sekolah Tinggi Khusus, dan kemasukan ke lapan daripadanya adalah berdasarkan skor dari Ujian Kemasukan Sekolah Tinggi Khusus:

  1. The Bronx High School of Science – Lazim dianggap sebagai sekolah magnet sains yang utama di Amerika Syarikat dan terletak di bahagian Bedford Park di Bronx.
  2. The Brooklyn Latin School – Dimodelkan daripada Boston Latin, sekolah tinggi awam yang tertua di negara ini, yang terletak di Brooklyn.
  3. Brooklyn Technical High School – Mengkhusus dalam bidang kejuruteraan, matematik dan sains.
  4. NEST+m – New Explorations into Science, Technology and Math adalah sekolah awam New York City yang untuk gred tadika hingga 12 dan terletak di Lower Manhattan.
  5. High School of American Studies at Lehman College – mengkhusus dalam kajian sosial, sejarah dan bahasa Inggeris, dan terletak di Bronx.
  6. LaGuardia Arts – Kemasukan adalah berdasarkan uji bakat serta rekod akademik pelajar. Sekolah mengkhusus dalam pengajaran seni visual dan seni persembahan, dan terletak berhampiran Lincoln Centre
  7. Queens High School for the Sciences at York College – Sekolah kecil yang terkenal dan mengkhusus dalam mata pelajaran matematik dan sains. Terletak di Jamaica, NY.
  8. Staten Island Technical High School – Mengkhusus dalam mata pelajaran matematik, sains, komputer, kejuruteraan, kemanusiaan dan olahraga.
  9. Stuyvesant High School - Menawarkan program akademik percuma yang dipercepatkan untuk penduduk bandar. Terletak di Tribeca.

// Cara Mendaftar

Kanak-kanak berumur 5-10 tahun boleh mendaftar terus di sekolah di kawasan mereka, manakala kanak-kanak yang lebih tua (11 tahun ke atas) perlu pergi ke Pejabat Pendaftaran. Kaunselor di Pejabat Pendaftaran boleh membantu anda mencari pilihan sekolah dan memohon penempatan sekolah. Pejabat dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, pukul 8 pagi hingga 3 petang.

Permohonan bagi kebanyakan sekolah perlu dihantar pada bulan Mac, tetapi adalah lebih baik untuk memohon lebih awal jika ingin mendapatkan tempat di sekolah yang popular.

Untuk mencari kawasan sekolah di mana anda berada, klik pada alat carian atau hubungi 311 (di luar New York City, telefon 212-NEW-YORK).

Untuk mendaftarkan kanak-kanak untuk sekolah, anda memerlukan rekod imunisasi kanak-kanak, sijil kelahiran atau pasport dan mana-mana transkrip dari sekolah-sekolah lain yang dihadiri. Kanak-kanak dengan Pelan Pendidikan Individu (I.E.P) juga memerlukan dokumentasi yang sama.

Di samping itu, pihak Bandar akan memerlukan dua dokumen yang membuktikan bahawa kanak-kanak tersebut menetap di New York City. Kediaman sah kanak-kanak adalah rumah ibu bapa atau penjaga mereka yang sah. Bukti kediaman boleh merangkumi bil utiliti dan dokumen rasmi lain dengan alamat rumah.

Bagi bukan pemastautin, yuran pengajian mungkin diperlukan untuk menghadiri Sekolah Awam di New York City. Walau bagaimanapun, mereka yang bukan pemastautin tidak boleh mendaftar di sekolah tinggi khusus atau program berbakat.

Maklumat lanjut boleh ditemui di Laman Web Jabatan Pendidikan..

// Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua

Kanak-kanak dengan pemahaman yang terhad atau tidak memahami bahasa Inggeris tidak boleh mengambil bahagian dalam program Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL) di sekolah-sekolah. Dalam kes ini, guru akan memberikan pelajar ujian untuk mengukur tahap bahasa Inggeris mereka. Ibu bapa yang tidak boleh berbahasa Inggeris juga berhak untuk mendapatkan terjemahan bagi dokumen penting dan khidmat penterjemahsemasa mesyuarat dengan kakitangan sekolah.

Kanak-kanak yang perlu mengikuti program ESL akan menghadiri beberapa kelas biasa dengan pelajar berbahasa Inggeris dan juga belajar dengan guru ESL.

Sekolah di bandar biasanya mempunyai kanak-kanak yang mempelajari bahasa Inggeris. Terdapat juga beberapa sekolah yang direka khusus untuk Pelajar Bahasa Inggeris (ELL).

Kawasan Queens, Bronx dan Brooklyn kini mempunyai bilangan pelajar ELL yang terbesar. Bilangan ELL Manhattan adalah lebih kecil, manakala Staten Island adalah wilayah dengan bilangan ELL yang paling kecil. Walaupun ia adalah lebih kecil, bilangan ELL di Manhattan dan Staten Island masih besar.